Wednesday, March 25, 2015

PROGRAM INFINITI ILMU BERSAMA TABIKA KEMAS TAMAN MAS MERAH & TAMAN SUTERA WANGI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





PROGRAM INFINITI ILMU BERSAMA TABIKA KEMAS TAMAN MAS MERAH & TAMAN SUTERA WANGI
TARIKH: 24 FEBRUARI 2015

Perpustakaan Desa Taman Mas Merah telah menjemput pelajar-pelajar dari dua buah tabika kemas yang berhampiran iaitu Tabika Kemas Taman Mas Merah & Tabika Kemas Taman Sutera Wangi untuk menjayakan Program Infiniti Ilmu yang diadakan di Perpustakaan Desa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Taklimat Perkhidmatan PDTMM, Pertandingan Mewarna dan Jom Cantum Puzzle.


CERAMAH MOTIVASI BIJAK BELAJAR UPKK & UPSR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,







Perpustakaan Desa Taman Mas Merah telah menganjurkan Ceramah Motivasi Bijak Belajar khas untuk pelajar UPKK & UPSR. Ceramah tersebut telah berjaya diadakan pada 21 Mac 2015 Iaitu pada hari Sabtu. Penceramah Jemputan ialah Ustazah Rozita Binti Abdul Hamid yang dijemput khas untuk menyampaikan ceramah.

Sambutan memberangsangkan diterima dari peserta iaitu seramai 38 orang. Semua peserta diharap dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa sesi ceramah di dalam kehidupan seharian. 

Perpustakaan Desa Taman Mas Merah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir, ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penceramah Ustazah Rozita Abd Hamid, ucapan terima kasih kepada Penyelia Zon 7, Pn. Suria dan ucapan terima kasih kepada Pengacara Majlis iaitu Puan Zarini yang diimport dari Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong.

Terima kasih Daun Keladi, 
Lain Kali Datanglah Lagi.
 

Monday, December 22, 2014

Selamat Tinggal 2014 & Selamat Datang 2015

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
2014 sudah hampir ke penghujungnya. Macam mana perjalanan hidup anda sepanjang 2014, pasti ada suka, duka, pahit, masam dan sebagainya. Itulah lumrah kehidupan, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah, bila di atas jangan lupa peritnya masa di bawah...

Azam 2014 tercapai tak? kalau tercapai baguslah... tapi kalau tidak, apa kata bawa ke tahun 2015 dengan usaha yang lebih lagi. Yang penting JANGAN PUTUS ASA. Selagi kita berusaha, selagi itulah kita hampiri kejayaan kan... Jangan lupa DOA & TAWAKAL ye...

Untuk pengetahuan semua pengguna PD Taman Mas Merah, di tahun hadapan kami akan mengadakan lebih banyak aktiviti yang menarik setiap bulan. Setiap bulan ada bengkel @ program dengan agensi luar... jadi jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu ye. Jom beramai-ramai datang ke Perpustakaan... 


SELAMAT TINGGAL 2014
SELAMAT DATANG 2015...

Tuesday, September 23, 2014

PROGRAM KIBARAN MERDEKA

Bersempena bulan kemerdekaan , kami dari warga Perpustakaan Desa ZON 7 , Melaka telah mengadakan Progam Kibaran Merdeka bertempat di SMK TUN MUTAHIR, Batu Berendam.

   Anjuran    : Perpustakaan Desa PNM Zon 7 Melaka
   Tarikh      : 9 September 2014
   Tempat     : SMK Tun Mutahir
   Pengisian  :  1. Typing Booster
                        2. Play Merdeka Jigsaw Puzzle
                        3. Jalur Gemilang Painting
                        4. Simulasi Poster Merdeka
                        5. Promosi Keahlian
                        6. Permainan Dalaman
                        7. Pameran Kemerdekaan



GAMBAR - GAMBAR AKTIVITI 































Wednesday, June 25, 2014

JADUAL AKTIVITI BULAN JULAI 2014

TARIKH MASA AKTIVITI PESERTA CATATAN
5.7.2014
(SABTU)
2.30 PM

3.00 PM

3.00 PM
UJI MINDA RAMADHAN DI HATIKU
MEWARNA SEMARAK RAMADHAN
POSKAD HARI RAYA
TERBUKA

TAHAP 2

TAHAP 1
Sila bawa alat tulis, pensel warna, gam, gunting hiasan dan sebagainya
12.7.2014
(SABTU)
2.30 PM

3.00 PM
3.30 PM
KISAH MENARIK DI BULAN RAMADHAN
DIY SAMPUL DUIT RAYA
TIP URUS HARI RAYA
TERBUKA

TERBUKA
TERBUKA
Sila bawa alat tulis, pensel warna, gam, gunting hiasan dan sebagainya
19.7.2014
(SABTU)
3.00 PM DECOR FOR EID TERBUKA Sila bawa alat tulis, pensel warna, gam, gunting hiasan dan sebagainya
JULAI 2014 SETIAP HARI PAMERAN RAMADHAN AL-MUBARAK TERBUKA TIADA

Thursday, May 8, 2014

Bengkel Membina Laman Blog

Kami staff zon 7 menghadiri bengkel membina blog pada 9 Mei 2014. Pada permulaannya , kami langsung tak tahu pasal blog, apatah lagi buat blog. Selalu nya, kami baca blog orang je. Macam seronok je, macam comel je.. Alhamdulillah pada hari ini kami dapat belajar cara buat blog, berkat tunjuk ajar penyelia kami iaitu Pn Suria Muhamad. ni yang buat kami sayang lebih lebih kat Puan. Segala tunjuk ajar akan kami laksanakan dengan sebaik mungkin. Sekali tunjuk je kami dah dapat..owh...begitu senang sekali ! Terima kasih kepada Puan kerana mencurahkan ilmu dalam membuat blog ni..:)