Perpustakaan Desa Taman Mas Merah telah menganjurkan Ceramah Motivasi Bijak Belajar khas untuk pelajar UPKK & UPSR. Ceramah tersebut telah berjaya diadakan pada 21 Mac 2015 Iaitu pada hari Sabtu. Penceramah Jemputan ialah Ustazah Rozita Binti Abdul Hamid yang dijemput khas untuk menyampaikan ceramah.
Sambutan memberangsangkan diterima dari peserta iaitu seramai 38 orang. Semua peserta diharap dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa sesi ceramah di dalam kehidupan seharian.
Perpustakaan Desa Taman Mas Merah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir, ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penceramah Ustazah Rozita Abd Hamid, ucapan terima kasih kepada Penyelia Zon 7, Pn. Suria dan ucapan terima kasih kepada Pengacara Majlis iaitu Puan Zarini yang diimport dari Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong.
Terima kasih Daun Keladi,
Lain Kali Datanglah Lagi.
No comments:
Post a Comment